Chocolate Chip Cookie http://fazmyn.blogspot.com ( header cik yasmin tak ada buat sementara ): SABAH ... Land Below The Wind
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

My Search Box :p

Monday 7 May 2012

SABAH ... Land Below The Wind


 
Hari pertama –
Cik yasmin berangkat dari LCCT ke Sabah menaiki pesawat AIRASIA …
Almaklum lah org biasa2 je x boleh nak naik kapal terbang mahal2 ni … haha
Main2 je … low profile la konon cik yasmin ni … mesti lah kena low profile … grr …
Sesampai je cik yasmin ke sabah kami pergi makan dulu & terus ke hotel utk tdo disebabkan terlalu penat …


Hari kedua –
Kami hanya jadi ikan duyung dalam swimming pool dekat hotel tempat kami menginap … hahaha ayah & mama dah geleng kepala masa kami ajak berjalan … sbb penat x habis lagi kot … so cik yasmin apa lagi ajak adik2 cik yasmin pergi beli souvenier/buahtangan ( entah le betui ke dak) untuk cikgu , kawan , dll … haha maka di buat kesimpulannya … cik yasmin habis RM*** …. Mmg menangis x berlagu la kan …. Hahaha tapi x apa demi kegembiraan adik2 cik yasmin apa sahaja cik yasmin sanggup ... macam2 kami dapat beli … orang cakap puas hati lah .. 

Hari ketiga –
Pagi2 mama &ayah dah lesap pergi ke pasar pagi , mama dah biasa pergi pasar sbb trip pertama kali ke sabah hari2 mama & ayah pi pasar situ … mama cakap ikan segar baru turun dari kapal so mmg siapa yang x nak kan … mama cik yasmin cakap dia beli ketam satu plastic bersaiz sederhana hanya RM10 … banyak wokkk … tapi yg sakit hati nya … cik yasmin mmg jenis x suka makan ketam sbb kulit dia keras … cik yasmin x akan makan benda yang menyukarkan cik yasmin ketika makan … termasuk lah udang .. haha yang buat dunia ku bersinar2 balik sebab mama ada beli sotong … perghhhhh memang terbaik la kan … hahahaha menjadi pujaan kalbu … selepas makan terus kami berangkat ke kaki gunung kinabalu … sebelum tu kami melalui banyak kawasan seperti , tuaran . tamparuli , kundasang , kinabalu park (kaki gunung kinabalu) , ranau dan destinasi terakhir kami ke sabah tea farm … kawasan2 yang cik yasmin sebut ni memang siapa yang nak pergi … naiklah kereta 4W .. sebab jalan berbukit2 memang sukar bila orang x biasa dengan keadaan jalan disitu … banyak tempat yang kami lewati … best sangat2 … lepas tu kami semua pulang ke hotel sebabkan terlalu penat … cik yasmin pulak menderita sekejap akibat lenguh satu badan mmg seksa betul … grr  dari salonpas sampai minyak tiger balm masih x okay lagi .. balik terus tidur minta2 esok pagi elok seperti biasa ...

Hari keempat –
Awal2 pagi kami dah mandi dekat swimming pool … kalau cik yasmin alasannya teman adik2 & anak saudara mandi tapi yang sebenarnya cik yasmin yang teringin nak mandi lagi …. Hahaha lepas sehari x dapat mandi kolam akibat lenguh2 badan mmg cik yasmin balas dendam balik la mandi puas2 hahahaha … lepas puas mandi , terus cik yasmin bawa adik2 cik yasmin pi ke PLAZA WAWASAN , tetapi akibat kedai banyak yang baru bukak terus kami pergi ke CENTRE POINT SABAH … kira macam shopping complex la … hajat nak tengok wayang tapi bila tengok keadaan terlalu ramai orang terus kami pi ke tempat main boling … ramai jugak orang sampai x ada tempat … nak di jadikan cerita dah putus asa dah nak pergi jalan tempat lain … ambil keputusan pergi main games … haha games kereta la plak … apa2 jo la deh … janji kami puas hati dari x ada buat apa …. Yang untungnya tempat cik yasmin menginap ni memang tengah2 bandar … so kiri kanan shopping complex , nak pergi shopping kraftangan ke , apa2 sahaja kami jalan kaki je sbb terlalu dekat … kalau nak pergi tempat jauh sikit baru kami naik kereta hehe … kami dapat bilik yang sea view (laut china selatan) .. mmg cantik la kan bila matahari terbenam … siapa x datang lagi mai le datang beramai2 ke SABAH … memang syok .. kami juga pergi ke hari terbuka Tentera Laut Diraja Malaysia … cik yasmin sempat naik bot laju milik TLDM … haha seram la … laju sgt … habis basah cik yasmin kena air … scene nak jatuh pun ada … hahaha tapi akhirnya cik yasmin sampai juga ke jeti terus pegang mama … ‘mama kakak x nak naik dah’ hahahahaha … best sangat kenangan sungguh … balik je dari sana terus cik yasmin pi makan lokan masa otw balik … bentuk dia macam lala tapi ni besar sikit … boleh tahan la sedap tapi x puas makan sikit2 … hahahaha sbb isi dia sikit je la … tapi datang sini try la k … rasa kat semenanjung pun ada … selepas makan cik yasmin ke One Borneo Hypermall … best la jugak ala2 mid valley kot … kecil sedikit … banyak SALE untuk pesta keamatan … memang terbaik la … cik yasmin berhabis jugak di situ … hahaha tapi puas la … sampai malam kami berjalan grr penat …

Hari kelima
Kami pergi ke PASAR TAMU … dekat pasar tamu ni pelbagai barang hiasan & kraftangan yang mereka jual ... murah2 belaka ... siapa datang sabah pergi lah pasar tamu yg dibuka pada pagi ahad ... :D cik yasmin dah pergi ... cik yasmin kepenatan selepas lima hari berkampung di sabah ... pada petangnya pula cik yasmin berkunjung ke satu pasar malam berdekatan pusat kraftangan dan pasar ... di situ juga terdapat banyak barang yang dijual ... datang ye jangan x datang ...

Hari keenam -
selepas puas berjalan semalam tiba lah hari untuk pulang ke rumah tercinta ... hehe seronok x terhingga sbb rindu dekat lace & brad pitt ingat kan dorang dah mati rupanya belum lagi ... dan salah satu sbb seronok dapat balik rumah sbb bantal , tilam , selimut , bilik cik yasmin x dapat diganti dengan apa2 pun ... myn rindu dekat dorang ... 

sekian sahaja bebelan cik yasmin pada hari ini ... cik yasmin baru sampau ... penat sangat2 ... nk tidur ... daaaaaa nanti cik yasmin sembang lagi ye

#kepalacikyasminberdenyut2kalaudapattidurnimmgxnakbangunkbye


No comments:

Post a Comment